tiba-tiba aku teringatkan kisah cinta aku. haih,dah lama dah benda tu berlalu, tapi biasalah, kita punya akal,punya pemikiran,kenangan sendiri untuk disimpan dalam memori. bermula kisah awal tahun 2004, hari pertama daftar masuk sekolah menengah, muka penuh dengan "tidak bersalah" + blur, dalam hati berdegup laju nak pilih tempat duduk yang mana paling best dalam kelas. bila dah suai kenal,akhirnya aku dapat tempat duduk belakang skali, namun tak kekal, berlaku rombakan, cikgu pun mengarah aku supaya berpindah ke sebelah chandini, gadis berbangsa singh, manis rupanya, mcm hindustan gituu.. tempat duduk aku tu pula bersebelahan tingkap, mengadap koridor. jadi bila siapa2 jalan,mesti lalu sebelah aku. macam biasa la,budak baru masuk sekolah, hangat jadi bualan mulut orang, sok sek sok sek sana sini cakap ttg aku. melalui hari2 yang baru nak jadi "budak skola menengah", sedang aku duduk dlm kelas smbil memegang buku,datang seorang gadis manis, bernama saidatul, lalu dia menegur aku di celah2 tingkap yg menghalang antara kami.
"siapa nama awak?" "marina." "oh marina.manis la awak ni,saya suka tengok awak..boleh la kita kenal-kenal.awak budak yang baru pindah skolah ni kan?" "iya saya." "kelas saya kat sana tu..nanti jumpa lagi ya?" "okay.."aku tersenyum sambil membuka hati utk berkawan dgn sesiapa sahaja. setelah tamat perbualan kami,dia menghulurkan tangan dicelah tingkap & aku pun bersalam dengannya sebagai tanda permulaan utk berkawan. seronok masa tu sebab rasa mcm popular. aku kurang bercakap masa kat sekolah tu,sebab aku rasa macam berat mulut je. mungkin aku fikir aku taknak cari pasal dengan orang,takut kang banyak bercakap, takut mengguris hati sesiapa.kita tak tahu kan? tapi kdg2 sikap berat mulut aku tu org salah tafsir fikir aku ni sombong la,pilih kwn la,bla bla bla.. benda tu jadi mcm common utk cop org2 yg pendiam.
makin seronok hari2 aku kat skola bila ada tukang "annoying" mengganggu aku dlm kelas. budak lelaki sekelas dgn aku,bernama chong kah foo, berbangsa cina, mejanya blakang meja aku dlm kelas.jadi,nak taknak memang kene menghadap dia hari2.aku tabik dekat dia sebab dia tak henti2 minta no.hp aku masa tu. aku pula keras hati, tak nak bagi kat dia. entah mcm mana dia dpt no.telefon rumah aku,dia call rumah aku, nasib baik aku pndai berlakon ckp style mak cik india,cakap "wrong number". haha..sedang aku sibuk mengabaikan dia dlm kelas,datang seorang lelaki menghulurkan surat melalui celah2 tingkap & letak atas meja aku. aku tak sempat tgk muka dia,dah pegi dah.. aku bukak surat tu bertulis "boleh kita berkenalan?" dan ada sekali no.telefonnya ditulis dlm surat itu..tapi aku ni lah, budak blur + bengap mana tau nk cinta cintun ni. aku pun tak contact lah no.tu.. lama jugak la masa tu berlalu, dia hulur lagi surat di celah2 tingkap, bertanyakan kenapa tak contact no.hp dia tu..aku nak reply tak boleh sbb tak tahu siapa guy tu.. last2 aku buat tak tahu jela.. alah,mcm2 la kisah zaman skola menengah ni..
lepas tu aku dpt tawaran masuk skola teknik, aku pun punya excited terima la tawaran tu.. okay la aku pendekkan cerita,da start pembelajaran baru dengan kos kejuruteraan awam di skolah teknik tu, macam biasa la ada aktiviti kawad la bla bla bla..aku pun join la sebab kwn2 ajak. bila da start latihan kawad, ada la sorang senior lelaki ni. dia yang ajar kawad la,kira mcm ketua la. masa latihan asyik pandang2 aku. bukan nak syok sendiri,tp kita boleh rasa kan bila org pandang "biasa" dgn orang pandang "luar biasa". aku pun ape lagi, buat muka tak bersalah + blur aku tu la tiap kali latihan. bila da hari2 dok mengadap muka dia, rasa bosan dgn sok sek sok sek dia,bebel dia tu,lama2 aku buat muka ketat la. then dia suruh semua berdiri tegak & tiba2 keadaan jadi senyap. sedang keadaan sunyi sepi masa berdiri tu, tiba dia berdiri belakang aku,dan berbisik kat telinga aku, "saya nak jumpa awak malam ni lepas waktu supper." serius aku rasa mcm seram sgt sbb tak pernah guy berdiri sebegitu dekat dgn aku & berbisik dengan aku. kesudahan? last2 aku tak pegi supper pun malam tu. aku tak jumpa dia. then keesokkan harinya, latihan mcm biasa la, tapi muka dia dah lain la.mcm pandang aku dgn muka tersenyum2. aku pelik,tapi aku diam je. last2 habis latihan masa aku nak memblahkan diri dari tmpt tu,kawan2 dia ckp dia suka aku. tp aku tak perca ya sgt,buat2 tak paham bahasa. then,mcm biasa la senior perempuan rasa frust la, attack aku cakap merapu ntah ape2 pasal guy tu tegur aku.. itu pun jadi isu. mcm ntah hape2..then,aku pun amik keputusan nak pindah skola lama balik,then keadaan sume jd ok la..x kelam kabut dah. haa..masa tu rasa bebas sbb dah tak terikat dgn undang2 senior perempuan tu lagi. yeay!
lepas tu adalah bercinta2 monyet dgn guy satu skola.tp tak kekal.. kejap je.. mcm tu la bila remaja,nk bercinta je..bila umur nak masuk 20tahun ni, single 9bulan pun rasa macam biasa je..tak desperate sgt nak bercinta.. tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sunyi..sunyi juga kadang2, bosan dgn soalan "siapa bf awak?" "kenapa tak bercinta?" "jual mahal ke?" alahai,soalan2 tu penat dah nk jawab. aku jadi mcm ni pun sebab lelaki byk bg harapan palsu. penatlah, berjanji macam2 tapi hasilnya, tiada. hampa kan? aku tak salahkan semua lelaki. siapa bertuah,dptlah lelaki yg soleh,baik,pendidik.. alhamdulillah la mcm tu.. tapi sepanjang aku bercinta, kebanyakannya byk membuat aku menangis lah.. takpelah,itukan pengajaran..mungkin bukan rezeki aku utk bertemu dengan lelaki yg boleh jadikan aku sbg isteri yg soleh. takpe,tuhan dah jadikan manusia berpasang-pasangan. tunggu jelah :)
No comments:
Post a Comment