Saturday 3 September 2011

susah.

assalamualaikum.

hari ni aku kurang sihat sikit sebab terbatuk-batuk & selesema.. malam tadi masa naik bas menuju ke kuala terengganu, aku menangis untuk beberapa minit. tak tahu mengapa tiba-tiba aku menangis. mungkin terkenang tempat pembelajaran aku yang selalu mematahkan semangat aku untuk belajar. semua sudah berubah. keinginan aku untuk belajar sudah lama lumpuh. mungkin juga kerana apa yang aku sangka, tak menjadi.

aku asyik terfikirkan beban & kesusahan orang lain. perkara itu membuatkan aku berfikir panjang & selalu termenung. ya,aku semakin lama semakin kurang bercakap. aku makin sedar bila aku sudah deactive facebook account, teman2 aku semakin berkurangan. baru aku tahu, bila aku da tiada fb,masing-masing bawa diri. macam tak pernah kenal sebelum ini. kebahagiaan gelak tawa aku pun dah bergantung kepada keluarga sahaja, bukan pada teman lagi.

aku bermasalah dalam meneruskan pelajaran disini. ya,aku memang sudah tidak minat belajar lagi. apa yang dah berlaku sejak semester 3 lepas, ianya sekaligus mengubah persepsi aku & diri aku. dalam hati merengek-rengek, menghentak-hentak, untuk berhenti belajar. aku tak mahu duit bertukar menjadi pembaziran. aku tak mahu menyusahkan orang lain. aku tak suka bila keadaan mendesak aku untuk meminta duit pada keluarga.
"mama,duit dah habis. ina seganlah nak minta duit kat mama,abah,kakyah,kaklong,kakpi,jojo. ina tak suka keadaan ni. macam ina ni kaki kikis duit keluarga je. yang tahu, minta duit,  minta duit, minta duit."
saat paling berat dlm dunia yang aku pernah alami adalah saat mahu minta duit pada keluarga. jujur, aku memang benci buat macam tu.aku rasa macam aku tak berguna sangat2.menyusahkan orang.aku dah besar kan,boleh cari duit sendiri.. sebab tu aku join modelling/talent untuk photography. ya,kerja ini memang membantu dalam kewangan aku untuk belajar.tapi masalahnya,tiap kali nak photoshoot,aku kene minta tolong family hantar aku pegi lokasi. kat situ duit minyak, makan pe sume. dah jadi macam ape je..sejak tu aku pun malas dah nak teruskan pekerjaan ni dengan kerenah sesetengah photographer yang tidak mahu membayar & ada yang mengambil kesempatan. tapi kadang-kadang aku memang rindukan pekerjaan itu,cuma mungkin aku tiada rezeki untuk meneruskannya. mama da banyak kali suruh aku amik lesen kereta, bukan aku taknak, cume faham-fahamlah, kos bayaran untuk amik lesen kereta sgt mahal. membuatkan aku terbeliak mata bila mendengar harganya.

aku dah banyak kali cakap kat keluarga, yang aku nak berhenti belajar. tapi family aku tidak mengizinkan. ye,aku memang dah tahap teruk ditempat pembelajaran ni. aku da skip kelas. buat assignment pun da slow mcm siput. dateline da merapu ntah kemana. aku da banyak kali jelaskan pada keluarga,tapi macam cakap dgn dinding la. apa aku ckp pantul kt aku balik,xde apa2 respon. diorg tetap desak aku supaya teruskn pembelajaran tu. aku rasa mcm nak robek hati aku nak diorg tau pe yg aku alami sbenarnya kat sini.
"ina tahu penat sgt kakak2 bekerja tiap2 bulan, nak tanggung family, makan minum, bil-bil sume. ina tak suka menjadi salah satu bebanan pada keluarga. ina tak mahu menjadi satu alasan untuk ditunding jari bila ina gagal dalam pembelajaran. sudah berkali-kali ina beritahu, ina memang sudah tidak minat belajar lagi. ina mahu kerja macam dulu. promoter di the store. biarlah gaji setakat rm800 pun,itupun sudah membuatkan ina rasa nikmat mempunyai duit sendiri & gembira belanja mama abah sume makan2 bila dpt gaji.. ya,ina tahu mama abah nak ina ada diploma, tapi, bukan sekarang. ina memang dah tak tertanggung lagi mama.bila ina ada keinginan untuk belajar & kewangan ina & kita pun dah kukuh,baru ina boleh belajar dgn tenang tanpa menjadikan duit sebagai isu lagi."
aku dah cuba ckp mcm tu kat family,but i can't. sbb aku tahu apa je aku cakap mesti pantul balik kt aku. ye,salah aku sbb buat pilihan utk belajar kos textile ni. and bila uitm da offer kos ni,aku gatal pegi amik nak blaja. pada mulanya ayah aku larang aku utk sambung blaja jauh2 kat ganu ni,tapi aku tetap berdegil. sejak tu aku menyesal sgt dgn pilihan ini. tiap2 hari aku terkenang kata2 ayah aku tu..menangis? memang,tiap2 hari aku menangis..penyesalan yg amat teruk aku alami dlm hidup aku yg baru nak masuk 20tahun ni.

teringat kata-kata pak harun semalam ,
"marina ni memang takde perasaan eh?" aku :  " haa?kenapa?" pak harun : "yela,pak tgk marina ni muka macam takde perasaan. macam tuuuuu je mukanya. kalau pak buat lawak pun muka marina mcm tuuu je. macam patung. lepas tu senyap, tak banyak bercakap.bila orang tanya,itu jela jawapannya." aku : "entahlah.mungkin saya memang macam ni" pak harun : "tak baik amalkan macam tu. senyum lah bila orang buat lawak ke,tegur ke. janganlah buat muka macam tu. macam takde perasaan. macam mana nak ada pakwe kalau macam tu? orang pun takut nak dekat dgn marina.
keadaan mengubah aku. aku rindu marina yg tergelak terbahak2. dulu,bila disamping kawan-kawan, mereka pasti gelak bila bersama dgn aku. ya,aku dah berubah.

Friday 2 September 2011

berat hati.

assalamualaikum.

perasaan yang aku rasa sekarang ini,
 
"berat hati mahu pulang ke uitm terengganu."
"sakit hati sebab dah tangguh masa lama sangat, nak bagi hadiah hari jadi utk abg angkat 17ogos yang lepas. sampai sekarang tak sempat bagi. bila ajak jumpa, dia busy busy busy. okay okay, aku kena faham. he's a married man. mesti busy dgn keje, anak bini semua.. haih! aku punya rasa excited nak bagi hadiah pun masih ada,tak hilang2 lagi. cume ada bercampur sikit rasa geram + bengang."
"secara jujur aku memang tidak suka + menyampah + frust + sakit hati + sedih dengan apa yang aku lalui di tempat pembelajaran aku sekarang."
"hati dah mula berketuk-ketuk nak bercinta. okay, nasib baik aku dah tak ramai kawan lelaki. ouh,siapa je kawan lelaki aku, rasanya tak sampai sepuluh orang. well, bagus juga mcm tu, takde aku pening sangat. if jumpa the best guy pun, xde la kes2 curang. insyaallah. haih! apa aku merapu ni.. chaiittt!"
"rindu nak ada kawan ramai2 pastu konvoi naik basikal ramai2 pegi serbu raya rumah orang.. eeee....! rindu! last buat mcm tu masa darjah 5,skola rendah lagi..seronoknya skola rendah,masa tu tak pikir apa2 pun.tiap2 ari keje nak main je,happy je.."
"rasa sedih, sebab orang dah lupa kat aku. bila aku cerita problem, masing2 buat tak tahu, ataupun respon "entahlah,tak tahu nk ckp mcm mana"."
"sekarang ni tiada siapa pun faham tentang aku & hidup aku. aku tak kesah problem aku org tak amik tahu,sbb aku pun kdg2 tak suka bercerita problem aku kat orang sesuka ati aku..ada masa aku share,ada masa tidak. tapi aku sedih sbb orang mcm dah jauh dari aku.entah,perasaan ni sedih + confused sikit."
"rasa bangga dgn diri sendiri sbb mampu delete fb sendiri disaat nama sedang menaik.melepaskan peluang mcm tu je. bodoh juga aku buat mcm tu,tapi cuba fikir,siapa yg suka bakal suami,atau suami, yg tgk gambar isteri dia ada lelaki lain simpan?even photographer pun,tetap lelaki lain kn? aku tak nak suami aku jadikan itu sbg isu. well,nak jadi isteri yg baik msti kene korban sikit2..so,nak tak nak satu hari nanti aku kene stop pekerjaan aku ni..sampai bila kan?"
"dalam kepala aku asyik terfikir, lepas ni kalau jumpa lelaki yg sesuai,terus kahwin.tak payah nak bercinta lama2.. bercinta lama2 lepas kahwin jelah. penatla, kapel2, break. kapel2,putus.. mcm buang masa je..memang,sia-sia mcm tu.but, tak salah mengenali kan? ahh..complicated la."
aku da mengantuk. ini je mampu aku taip hari ini. esok dah balik terengganu. malasnyaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! tak sukaaaaaa..... hmmmm... goodnite.assalamualaikum.
 
 
 

cinta.

assalamualaikum.

tiba-tiba aku teringatkan kisah cinta aku. haih,dah lama dah benda tu berlalu, tapi biasalah, kita punya akal,punya pemikiran,kenangan sendiri untuk disimpan dalam memori. bermula kisah awal tahun 2004, hari pertama daftar masuk sekolah menengah, muka penuh dengan "tidak bersalah" + blur, dalam hati berdegup laju nak pilih tempat duduk yang mana paling best dalam kelas. bila dah suai kenal,akhirnya aku dapat tempat duduk belakang skali, namun tak kekal, berlaku rombakan, cikgu pun mengarah aku supaya berpindah ke sebelah chandini, gadis berbangsa singh, manis rupanya, mcm hindustan gituu.. tempat duduk aku tu pula bersebelahan tingkap, mengadap koridor. jadi bila siapa2 jalan,mesti lalu sebelah aku. macam biasa la,budak baru masuk sekolah, hangat jadi bualan mulut orang, sok sek sok sek sana sini cakap ttg aku. melalui hari2 yang baru nak jadi "budak skola menengah", sedang aku duduk dlm kelas smbil memegang buku,datang seorang gadis manis, bernama saidatul, lalu dia menegur aku di celah2 tingkap yg menghalang antara kami.
"siapa nama awak?" "marina." "oh marina.manis la awak ni,saya suka tengok awak..boleh la kita kenal-kenal.awak budak yang baru pindah skolah ni kan?" "iya saya." "kelas saya kat sana tu..nanti jumpa lagi ya?" "okay.." 
aku tersenyum sambil membuka hati utk berkawan dgn sesiapa sahaja. setelah tamat perbualan kami,dia menghulurkan tangan dicelah tingkap & aku pun bersalam dengannya sebagai tanda permulaan utk berkawan. seronok masa tu sebab rasa mcm popular.  aku kurang bercakap masa kat sekolah tu,sebab aku rasa macam berat mulut je. mungkin aku fikir aku taknak cari pasal dengan orang,takut kang banyak bercakap, takut mengguris hati sesiapa.kita tak tahu kan? tapi kdg2 sikap berat mulut aku tu org salah tafsir fikir aku ni sombong la,pilih kwn la,bla bla bla.. benda tu jadi mcm common utk cop org2 yg pendiam.

makin seronok hari2 aku kat skola bila ada tukang "annoying" mengganggu aku dlm kelas. budak lelaki sekelas dgn aku,bernama chong kah foo, berbangsa cina, mejanya blakang meja aku dlm kelas.jadi,nak taknak memang kene menghadap dia hari2.aku tabik dekat dia sebab dia tak henti2 minta no.hp aku masa tu. aku pula keras hati, tak nak bagi kat dia. entah mcm mana dia dpt no.telefon rumah aku,dia call rumah aku, nasib baik aku pndai berlakon ckp style mak cik india,cakap "wrong number". haha..sedang aku sibuk mengabaikan dia dlm kelas,datang seorang lelaki menghulurkan surat melalui celah2 tingkap & letak atas meja aku. aku tak sempat tgk muka dia,dah pegi dah.. aku bukak surat tu bertulis "boleh kita berkenalan?" dan ada sekali no.telefonnya ditulis dlm surat itu..tapi aku ni lah, budak blur + bengap mana tau nk cinta cintun ni. aku pun tak contact lah no.tu.. lama jugak la masa tu berlalu, dia hulur lagi surat di celah2 tingkap, bertanyakan kenapa tak contact no.hp dia tu..aku nak reply tak boleh sbb tak tahu siapa guy tu.. last2 aku buat tak tahu jela.. alah,mcm2 la kisah zaman skola menengah ni..

lepas tu aku dpt tawaran masuk skola teknik, aku pun punya excited terima la tawaran tu.. okay la aku pendekkan cerita,da start pembelajaran baru dengan kos kejuruteraan awam di skolah teknik tu, macam biasa la ada aktiviti kawad la bla bla bla..aku pun join la sebab kwn2 ajak. bila da start latihan kawad, ada la sorang senior lelaki ni. dia yang ajar kawad la,kira mcm ketua la. masa latihan asyik pandang2 aku. bukan nak syok sendiri,tp kita boleh rasa kan bila org pandang "biasa" dgn orang pandang "luar biasa". aku pun ape lagi, buat muka tak bersalah + blur aku tu la tiap kali latihan. bila da hari2 dok mengadap muka dia, rasa bosan dgn sok sek sok sek dia,bebel dia tu,lama2 aku buat muka ketat la. then dia suruh semua berdiri tegak & tiba2 keadaan jadi senyap. sedang keadaan sunyi sepi masa berdiri tu, tiba dia berdiri belakang aku,dan berbisik kat telinga aku, "saya nak jumpa awak malam ni lepas waktu supper." serius aku rasa mcm seram sgt sbb tak pernah guy berdiri sebegitu dekat dgn aku & berbisik dengan aku. kesudahan? last2 aku tak pegi supper pun malam tu. aku tak jumpa dia. then keesokkan harinya, latihan mcm biasa la, tapi muka dia dah lain la.mcm pandang aku dgn muka tersenyum2. aku pelik,tapi aku diam je. last2 habis latihan masa aku nak memblahkan diri dari tmpt tu,kawan2 dia ckp dia suka aku. tp aku tak perca ya sgt,buat2 tak paham bahasa. then,mcm biasa la senior perempuan rasa frust la, attack aku cakap merapu ntah ape2 pasal guy tu tegur aku.. itu pun jadi isu. mcm ntah hape2..then,aku pun amik keputusan nak pindah skola lama balik,then keadaan sume jd ok la..x kelam kabut dah. haa..masa tu rasa bebas sbb dah tak terikat dgn undang2 senior perempuan tu lagi. yeay!

lepas tu adalah bercinta2 monyet dgn guy satu skola.tp tak kekal.. kejap je.. mcm tu la bila remaja,nk bercinta je..bila umur nak masuk 20tahun ni, single 9bulan pun rasa macam biasa je..tak desperate sgt nak bercinta.. tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sunyi..sunyi juga kadang2, bosan dgn soalan "siapa bf awak?" "kenapa tak bercinta?" "jual mahal ke?" alahai,soalan2 tu penat dah nk jawab. aku jadi mcm ni pun sebab lelaki byk bg harapan palsu. penatlah, berjanji macam2 tapi hasilnya, tiada. hampa kan? aku tak salahkan semua lelaki. siapa bertuah,dptlah lelaki yg soleh,baik,pendidik.. alhamdulillah la mcm tu.. tapi sepanjang aku bercinta, kebanyakannya byk membuat aku menangis lah.. takpelah,itukan pengajaran..mungkin bukan rezeki aku utk bertemu dengan lelaki yg boleh jadikan aku sbg isteri yg soleh. takpe,tuhan dah jadikan manusia berpasang-pasangan. tunggu jelah :)


perhatian.

assalamualaikum.
           okay,serius dah lama sangat kan aku tak post? ye ye.aku tahu..lama dahhh....... -______-"     banyak sgt cerita aku nak ceritakan,tapi tak tahu lah tangan aku larat ke tak,dgn suasana malam yg menggoda aku untuk tidur awal ni.. sebenarnya,banyak perkara yang berlaku dalam masa setahun lebih ni. tak terungkap aku nak rungkaikan satu demi satu perkara. susahlah,aku luahkan dekat orang,orang buat macam nak taknak dengar je. kalau aku tak share problem,cakap aku kerek la sombong la,bla bla bla.... bila bosan2,sms aku,kol aku,tak pun jumpa aku,tanya "apa khabar", untuk penuhkan skrip harian mereka.. bila aku cerita,mata mereka pandang tempat lain sedangkan mata aku tepat memandang mata mereka. hey,boleh tolong fokus tak bila orang tengah share problem? duhhh....sedih betul lah kalau orang tak endah apa kita cakap. sudah sudah,jangan la diberat-beratkan kepala memikirkan tentang aku. ala,biasalah perempuan,nak perhatian sedikit. tak minta banyak pun. jangan sebab kes "perhatian" ini jadi isu sedangkan ia tak memerlukan banyak bajet atau tenaga untuk dipraktikkan. fikir2lah, perempuan itu berbeza dengan lelaki.


Thursday 21 April 2011

thanks irwan :)


  i like this picture. hehe :)

A friend that i call BESTFRIEND.

Phewww...i'm so tired today. balik dari hang out dengan irwan mono semalam terus sambung wat keje & tak tido straight buat keje.. pas settle wat keje kat rumah,pepagi buta pukul 6pagi gerak jalan kaki pergi kampus semata2 nak siapkan keje dekat bilik kawan..bila sume da complete siap sume, rasa lega gila, bebas...tapi penat r sebab kelam kabut x hengat pagi tadi.haha..menggelupur siapkan keje before kelas start pukul 9pagi. pastu pegi bilik Hasha Hermaine , sambung buat keje and print kat bilik dia. (ooppsss!!! beb! i tak bayar lagi duit print u.hahahaha :DD ) bila kelas da habis pukul 12tgh hari, pegi lepak bilik hasha and tidur sekejap..rasa terharu bila tetiba Hasha hulurkan bantal sebab dia nampak aku baring atas lantai.. Yeah,she's very understanding. Ouh..let me introduce to you all my bestie a.k.a kawan susah senang, HASHA HERMAINE. Dia sweet, suka benda2 unik and comel, and of course very fashionista. Dia rajin, assignment dia mostly sume siap ikot dateline, and dia student yang bagus. Aku memang target sem ni dia DEKAN la beb.. Dia sangat mengkagumkan.WHY? because dia sgt tabah dlm hadapi dugaan and over all keje2 dia sume siap ikot masa. Aku pun xleh ikot mcm dia even dia kwn yang baik bg aku. Ye,aku memang x minat kos ni..sebab tu la kot aku mcm malas nak amik port ttg bnde2 ni..tp dia,even dia x suka kos ni gak, dia try siapkan keje and berjaya wt mcm tu..I adore her and i hope dia berjaya dlm hidup. Dia juga byk gila2 tolong aku disaat aku susah.. Aku happy kawan dgn dia and aku hargai dia... Susah nak cari kawan yang baik mcm dia, and aku hope dia tak berubah & tetap sayang aku sampai bila2. ekekekekekekekeke :B  beb,i sayang you okay :) mesti tersenyum2 la tu baca post ni.wakakakakakaka......beb,gud luck for your final assestment and i know u can do it beb! chaiyok!!!! (final kebaya tak start lagi pun. kita mmg gila an?hahahaa)   <3 u Hasya   :)

Wednesday 20 April 2011

irwan mono :)

Salam and hye to all readers.. :) hari ini aku gembira sebab hang out dgn guy bernama irwan mono :) ye,tu bukan nama betul dia tp tu nama popular dia la.wakakakaka.... :D memula jumpa dia rasa mcm malu2 kucing,tp bila da lama lepak2 a.k.a berchit chat bagai,kami jadi mcm da mesra2 alam gitu.wakakaka...yeah, dia ensem.aku tauuu dia ensem..betul,mmg ensem. tapi tu ah,bila lepak2 borak2 ase seronok.rupa2nya dia pun kaki menyakat mcm aku.. aku panggil dia "pak jabit". aku memang suka menyakat dia. wakakakaka...ade 3rahsia tentang aku dia tahu.tu ah aku kene baik2 dgn dia sbb aku xnak dia bocorkn rahsia aku.haha..dia buat aku tersenyum tergelak2 hari ni smpai pipi aku kejang mcm kene botox! well,i have a great time with him. dia kawan yang sangat okay utk dibuat geng menyakat! haha..and he's sweet too :) pas dok lepak2 pekena sotong celup tepung, kami pegi outing jap,amik2 gmbr saje2 :) dia kata "ni la peluang i nak amik gambar u,pasni dah tak dapat.yela u kan busy.jadual u pack.." aku pun tetiba rasa sedih so aku pun okay jela amik2 gmbr selagi ada masa kn. dia bawak aku pegi tempat baikk punya..lawa.first time aku jejak tempat tu..dia kata "i suka la tgk u senyum.." last2 dlm gmbr2 sume aku senyum je..yela aku kan jarang amik gmbr senyum2..mybe this time aku nk buat lain sikit :) gambar akan diupload & anyway today aku happy :) seronok juga dpt gelak2,sambil tu dapat mkn sotong celup tepung yg aku idam2kan slame ni. thanks for today irwan mono :)