Saturday, 3 September 2011

susah.

assalamualaikum.

hari ni aku kurang sihat sikit sebab terbatuk-batuk & selesema.. malam tadi masa naik bas menuju ke kuala terengganu, aku menangis untuk beberapa minit. tak tahu mengapa tiba-tiba aku menangis. mungkin terkenang tempat pembelajaran aku yang selalu mematahkan semangat aku untuk belajar. semua sudah berubah. keinginan aku untuk belajar sudah lama lumpuh. mungkin juga kerana apa yang aku sangka, tak menjadi.

aku asyik terfikirkan beban & kesusahan orang lain. perkara itu membuatkan aku berfikir panjang & selalu termenung. ya,aku semakin lama semakin kurang bercakap. aku makin sedar bila aku sudah deactive facebook account, teman2 aku semakin berkurangan. baru aku tahu, bila aku da tiada fb,masing-masing bawa diri. macam tak pernah kenal sebelum ini. kebahagiaan gelak tawa aku pun dah bergantung kepada keluarga sahaja, bukan pada teman lagi.

aku bermasalah dalam meneruskan pelajaran disini. ya,aku memang sudah tidak minat belajar lagi. apa yang dah berlaku sejak semester 3 lepas, ianya sekaligus mengubah persepsi aku & diri aku. dalam hati merengek-rengek, menghentak-hentak, untuk berhenti belajar. aku tak mahu duit bertukar menjadi pembaziran. aku tak mahu menyusahkan orang lain. aku tak suka bila keadaan mendesak aku untuk meminta duit pada keluarga.
"mama,duit dah habis. ina seganlah nak minta duit kat mama,abah,kakyah,kaklong,kakpi,jojo. ina tak suka keadaan ni. macam ina ni kaki kikis duit keluarga je. yang tahu, minta duit,  minta duit, minta duit."
saat paling berat dlm dunia yang aku pernah alami adalah saat mahu minta duit pada keluarga. jujur, aku memang benci buat macam tu.aku rasa macam aku tak berguna sangat2.menyusahkan orang.aku dah besar kan,boleh cari duit sendiri.. sebab tu aku join modelling/talent untuk photography. ya,kerja ini memang membantu dalam kewangan aku untuk belajar.tapi masalahnya,tiap kali nak photoshoot,aku kene minta tolong family hantar aku pegi lokasi. kat situ duit minyak, makan pe sume. dah jadi macam ape je..sejak tu aku pun malas dah nak teruskan pekerjaan ni dengan kerenah sesetengah photographer yang tidak mahu membayar & ada yang mengambil kesempatan. tapi kadang-kadang aku memang rindukan pekerjaan itu,cuma mungkin aku tiada rezeki untuk meneruskannya. mama da banyak kali suruh aku amik lesen kereta, bukan aku taknak, cume faham-fahamlah, kos bayaran untuk amik lesen kereta sgt mahal. membuatkan aku terbeliak mata bila mendengar harganya.

aku dah banyak kali cakap kat keluarga, yang aku nak berhenti belajar. tapi family aku tidak mengizinkan. ye,aku memang dah tahap teruk ditempat pembelajaran ni. aku da skip kelas. buat assignment pun da slow mcm siput. dateline da merapu ntah kemana. aku da banyak kali jelaskan pada keluarga,tapi macam cakap dgn dinding la. apa aku ckp pantul kt aku balik,xde apa2 respon. diorg tetap desak aku supaya teruskn pembelajaran tu. aku rasa mcm nak robek hati aku nak diorg tau pe yg aku alami sbenarnya kat sini.
"ina tahu penat sgt kakak2 bekerja tiap2 bulan, nak tanggung family, makan minum, bil-bil sume. ina tak suka menjadi salah satu bebanan pada keluarga. ina tak mahu menjadi satu alasan untuk ditunding jari bila ina gagal dalam pembelajaran. sudah berkali-kali ina beritahu, ina memang sudah tidak minat belajar lagi. ina mahu kerja macam dulu. promoter di the store. biarlah gaji setakat rm800 pun,itupun sudah membuatkan ina rasa nikmat mempunyai duit sendiri & gembira belanja mama abah sume makan2 bila dpt gaji.. ya,ina tahu mama abah nak ina ada diploma, tapi, bukan sekarang. ina memang dah tak tertanggung lagi mama.bila ina ada keinginan untuk belajar & kewangan ina & kita pun dah kukuh,baru ina boleh belajar dgn tenang tanpa menjadikan duit sebagai isu lagi."
aku dah cuba ckp mcm tu kat family,but i can't. sbb aku tahu apa je aku cakap mesti pantul balik kt aku. ye,salah aku sbb buat pilihan utk belajar kos textile ni. and bila uitm da offer kos ni,aku gatal pegi amik nak blaja. pada mulanya ayah aku larang aku utk sambung blaja jauh2 kat ganu ni,tapi aku tetap berdegil. sejak tu aku menyesal sgt dgn pilihan ini. tiap2 hari aku terkenang kata2 ayah aku tu..menangis? memang,tiap2 hari aku menangis..penyesalan yg amat teruk aku alami dlm hidup aku yg baru nak masuk 20tahun ni.

teringat kata-kata pak harun semalam ,
"marina ni memang takde perasaan eh?" aku :  " haa?kenapa?" pak harun : "yela,pak tgk marina ni muka macam takde perasaan. macam tuuuuu je mukanya. kalau pak buat lawak pun muka marina mcm tuuu je. macam patung. lepas tu senyap, tak banyak bercakap.bila orang tanya,itu jela jawapannya." aku : "entahlah.mungkin saya memang macam ni" pak harun : "tak baik amalkan macam tu. senyum lah bila orang buat lawak ke,tegur ke. janganlah buat muka macam tu. macam takde perasaan. macam mana nak ada pakwe kalau macam tu? orang pun takut nak dekat dgn marina.
keadaan mengubah aku. aku rindu marina yg tergelak terbahak2. dulu,bila disamping kawan-kawan, mereka pasti gelak bila bersama dgn aku. ya,aku dah berubah.

No comments:

Post a Comment